Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Watie tampil memberikan respons terhadap kenyataan TikToker CEO Helmie yang sebelum ini mengkritik suaminya, Shuib, termasuk menyentuh isu peribadi rumah tangga mereka.
Melalui hantaran di Instagramnya hari ini, Watie memetik kata-kata Ali bin Abi Thalib sebagai nasihat:
“Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu -Ali Bin Abi Thalib-.”
Watie turut berkongsi rasa terkejut selepas menerima banyak mesej berkaitan isu tersebut.
“Dapat banyak WhatsApp dan DM pagi ni yang forwardkan ni pada Mummy… Bila tengok, mengucap panjang je lah yang mampu.
“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Helmie mengeluarkan kenyataan yang menyentuh peribadi pasangan Shuib dan Watie, termasuk menyeru Shuib menukar isteri kepada wanita lebih solehah. Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.