Warga Palestin bakar cadar & pecahkan pasu di wisma transit, desak pulang ke negara asal | The Reporter

Warga Palestin bakar cadar & pecahkan pasu di wisma transit, desak pulang ke negara asal

Kekecohan warga Palestin wisma transit

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 4 Januari 2025 sekitar jam 5.00 petang. Kejadian dipercayai berpunca daripada desakan warga Palestin yang mahukan proses permohonan pulang ke Palestin dipercepatkan.

Menurut kenyataan ATM, pegawai dan anggota yang bertugas segera bertindak untuk berbincang dengan pihak terlibat, memastikan situasi terkawal tanpa sebarang pergaduhan atau kecederaan. Walau bagaimanapun, insiden tersebut menyebabkan sedikit kerosakan pada perabot di kawasan terbabit.

Kekecohan berakhir sekitar jam 7.30 malam selepas warga Palestin tersebut bersurai. Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini.

Sejak petang semalam, beberapa rakaman video memaparkan situasi tegang di pekarangan WTKL telah tular di media sosial.

Dalam salah satu video, seorang wanita dilihat memegang sepanduk bertulis “Tidak perlu dihantar pulang, kami perlu kembali ke Mesir”. Video lain pula menunjukkan kumpulan warga Palestin membakar cadar di atas jalan.

@midkiners

@anwaribrahimofficial mereka mahu balik ke Egypt. mohon tunaikan permintaan mereka Dato’ Sri #palestine

♬ original sound – Amir Ahmad – Amir Ahmad
https://www.tiktok.com/@amirbaharrr/video/7456006551287958802
@midkiners

@anwaribrahimofficial 4 Jan 25 jam 5pm, rakyat Palestin mogok di Wisma Transit Kuala Lumpur, banyak peralatan dirosakkan dan dibakar. Mohon tindakan Tan Sir hantar mereka pulang.

♬ original sound – Amir Ahmad – Amir Ahmad

Pada Oktober tahun lalu, kejadian serupa melibatkan beberapa warga Palestin di WTKL turut tular. Ketika itu, mereka bertindak merosakkan harta awam kerana tidak berpuas hati dengan penempatan mereka di pusat perlindungan tersebut. Kejadian tersebut berakhir dengan permohonan maaf daripada Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini membawa masuk 127 warga Palestin, termasuk 41 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Ogos lepas. Sebahagian daripada mereka ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala ahli keluarga lain ditempatkan di WTKL.

Sumber: Facebook ATM, Bernama, MalaysiaKini

Related Posts