Warga emas hilang 4 September lalu, disahkan telah dibunuh - The Reporter

Warga emas hilang 4 September lalu, disahkan telah dibunuh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Misteri kehilangan seorang warga emas sejak 4 September lalu terjawab apabila polis mengesahkan mangsa telah dibunuh.

Kehilangan warga emas tersebut juga membawa kepada penahanan dua orang suspek iaitu dua lelaki tempatan.

Sabari Baharom,62, pesara pegawai kewangan FELCRA dipercayai telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan Jumaat lalu.

“Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

“Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui dan usaha mencari masih dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu oleh ahli keluarganya. Kereta Proton Waja milik mangsa ditemui terbakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik. Bagaimanapun, mangsa didapati tiada dalam kenderaan berkenaan.

Dalam pada itu juga, ahli keluarga mangsa mendapati berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki warga emas berkenaan ke akaun bank individu lain dalam tempoh dua hari kehilangannya.

Sumber: Polis Kedah, Berita Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share