Warga emas berusia 72 tahun meninggal dunia, tercekik biji rambutan | The Reporter

Warga emas berusia 72 tahun meninggal dunia, tercekik biji rambutan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita warga emas dilaporkan maut akibat tercekik biji rambutan.

Warga emas berkenaan yang berusia 72 tahun sedang makan buah berkenaan ketika berada di beranda hadapan rumahnya di Felda Lawin Utara, Gerik sekitar jam 7 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood mangsa tiba-tiba mengalami sesak nafas ketika hendak dibawa masuk ke dalam rumah oleh anak perempuannya berusia 46 tahun.

“Mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Lawin dan ketika pemeriksaan terdapat sesuatu terlekat di bahagian kerongkong.

“Setelah berjaya dikeluarkan ia disyaki biji buah rambutan. Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurut beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik, Hospital Gerik mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan oleh sesak nafas,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts