Warden MRSM Serting maut kemalangan ketika pulang dari bertugas | The Reporter

Warden MRSM Serting maut kemalangan ketika pulang dari bertugas

Keadaan lori jenis Isuzu di tempat insiden kemalangan berlaku.
Gambar: Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang warden Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 0.2, Jalan Jelai Tambahan berhampiran Restoran Terapung, di Tampin pada Rabu malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa lelaki berusia 55 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Gambir, Muar selepas selesai bertugas di MRSM Serting.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal jenis VOG yang ditunggang mangsa dan sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 57 tahun.

“Hasil siasatan mendapati, pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Jelai untuk menghantar simen, manakala mangsa dari arah MRSM Serting menghala ke Bukit Gambir,” katanya.

Baca juga:

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang juga bekas tentera dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu lori berkenaan cuba mengelak ke kiri jalan, namun berlaku perlanggaran yang menyebabkan mangsa diseret bersama motosikalnya sebelum melanggar tiang elektrik di bahu jalan,” jelasnya.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Related Posts