Wanita warga asing terjatuh ke dalam lubang tanah mendap di Masjid India | The Reporter

Wanita warga asing terjatuh ke dalam lubang tanah mendap di Masjid India

Foto: Ihsan orang awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita warga India berusia 48 tahun terjatuh ke dalam lubang tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 8 hingga 10 meter berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi ketika wanita tersebut sedang berjalan kaki di kawasan tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi dan segera mengerahkan 15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta bantuan daripada Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Related Posts