Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular satu video memaparkan seorang wanita tempatan lingkungan usia 20-an mengamuk di sebuah klinik kesihatan di Gombak, sehingga bertindak menengking petugas serta mencetuskan kekecohan ketika hadir mendapatkan rawatan.
Dalam satu kejadian, suspek yang datang bersama anaknya pada mulanya dipercayai tidak berpuas hati dengan tempat duduk yang disediakan sebelum tiba-tiba bertindak agresif. Walaupun cuba ditenangkan oleh petugas kesihatan, wanita itu terus menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakitangan awam serta pesakit lain.
Rakaman video turut menunjukkan wanita terbabit meludah, berdiri di atas kerusi menunggu dan memaki hamun petugas serta orang awam. Malah, dia juga dilihat bertindak agresif terhadap dua anggota polis wanita yang berada di lokasi.
Baca juga:
- Wanita maut dirempuh van langgar lampu isyarat merah
- ‘Saya kesal & minta maaf’ – Rex Tan akui silap, gagal jaga sensitiviti
- George Galloway tolak perbandingan komuniti Cina di Malaysia dengan Palestin
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada 19 November lalu kira-kira pukul 12.25 tengah hari oleh seorang kakitangan klinik di Balai Polis Gombak.
“Suspek kemudian ditangkap pada hari yang sama dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Wanita itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pagi ini. Mahkamah menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes, selain memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian.
Sumber: Kosmo, Video tular








