Wanita maut dilanggar Myvi, motosikalnya terjatuh ketika cuba mengelak bangkai anjing di tengah jalan | The Reporter

Wanita maut dilanggar Myvi, motosikalnya terjatuh ketika cuba mengelak bangkai anjing di tengah jalan

Sumber gambar: Sinar Harian, Kosmo! Online

Seorang wanita dilaporkan maut dilanggar oleh sebuah kereta selepas terjatuh ketika cuba mengelak bangkai anjing di Jalan Tun Fatimah, Melaka.

Mangsa yang merupakan seorang operator kilang itu menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantic dari arah Bukit Rambai menghala ke Batu Berendam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian jam 7.50 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nur Eliya Ezzatul Rabu, 24, yang dalam perjalanan ke tempat kerja telah hilang kawalan ketika cuba mengelak bangkai seekor anjing yang berada di tengah jalan.

“Mangsa telah terjatuh di atas jalan dan pada masa itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan yang dipandu wanita berusia 31 tahun tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts