Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita dari Florida ditahan pihak berkuasa selepas didakwa membunuh anjing peliharaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando kerana tidak mahu terlepas penerbangan ke luar negara.
Menurut laporan True Crime News Weekly, kejadian kejam itu berlaku pada 16 Disember 2024 apabila wanita berusia 57 tahun, Alison Lawrence, tiba di lapangan terbang bersama anjing jenis miniature schnauzer berwarna putih bernama Tywinn.
Lawrence ketika itu sedang dalam perjalanan ke Colombia sebelum meneruskan ke Ecuador. Namun, selepas diberitahu oleh kakitangan Latam Airlines bahawa dia tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan menaiki pesawat kerana tiada dokumen lengkap, dia bertindak membawa anjing tersebut ke dalam tandas awam.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Lawrence masuk ke dalam tandas bersama anjing itu, dan keluar 20 minit kemudian tanpa membawa haiwan tersebut. Beberapa minit selepas itu, dia kembali semula ke terminal, melepasi pemeriksaan keselamatan dan menaiki pesawat ke destinasi seterusnya.
- ‘Reply titik pun jadilah’ – Abang JNT
- Lelaki maut ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
- Mikhael luah rasa syukur ibu lafaz syahadah
- Model Rusia buat laporan polis, dirakam TikToker buat live berunsur lucah
- 45 pelajar cemerlang ditolak universiti Korea Selatan kerana rekod buli
Namun, seorang pencuci bangunan yang masuk ke tandas selepas Lawrence keluar, menemui bangkai anjing itu dalam tong sampah bersama vest, kolar, tag vaksin, beg perjalanan dan tag nama yang tertera nama serta nombor telefon Lawrence. Menurut laporan, anjing itu disahkan mati akibat lemas, berdasarkan hasil bedah siasat.
Pihak berkuasa berjaya menjejak Lawrence hampir tiga bulan kemudian menerusi mikrocip yang dipasang pada badan Tywinn. Dia ditahan di rumahnya di Clermont, Florida pada 18 Mac 2025 dan didakwa atas kesalahan jenayah kekejaman terhadap haiwan.
Polis Orlando dalam dokumen tangkapan menyatakan, “Perbuatan ini dilakukan dengan sengaja dan menyebabkan kematian yang kejam serta tidak perlu terhadap haiwan tersebut.”
Bagaimanapun, Lawrence hanya dikenakan ikat jamin sebanyak $5,000 (kira-kira RM23,500) walaupun didakwa atas kesalahan jenayah tahap ketiga. Keputusan itu menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan hukuman di Florida terhadap kekejaman haiwan terlalu ringan.
Ramai pihak, termasuk jiran tetangga Lawrence, mengutuk perbuatannya dan menyatakan bahawa dia sepatutnya menyerahkan anjing itu kepada pusat perlindungan haiwan, bukannya bertindak kejam demi mengejar penerbangan.








