Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita Rusia, Zaliya Shamigulova, telah dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi Tinder, semasa bercuti di Mauritius.
Mayat Zaliya ditemui dalam keadaan bogel dan dikerat kepada beberapa bahagian, di dalam kubur cetek di pulau tersebut.
Difahamkan, Zaliya Shamigulova adalah seorang pensyarah universiti di Chelyabinsk, Rusia. Dia pernah menjadi pembawa obor untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sochi.
Sebelum ditemui tidak bernyawa, mangsa sempat memuat naik status di media sosial yang menyatakan dia sedang “mengejar kebahagiaan setiap hari” semasa bercuti di Mauritius.
Kronologi
Sebelum kejadian, keluarga Zaliya di Rusia menerima mesej yang kononnya daripada Zaliya mengatakan dia telah memutuskan untuk menghilangkan diri dan tidak mahu dihubungi.
Namun, keluarganya berasa curiga lalu bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangannya selepas Zaliya tidak dapat dihubungi.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah, Zaliya telah bertemu dengan Puryavirsingh Sundur, seorang jurutera IT dari Mauritius, melalui aplikasi Tinder. Mereka berdua bertemu untuk bersiar-siar di pulau tersebut.
Bagaimanapun, Sundur yang dipercayai cemburu bertindak menikam Zaliya berkali-kali di bahagian dada dan memotong lidahnya dan lehernya dikelar untuk menghalang mangsa daripada menjerit meminta tolong.
Mayatnya mangsa kemudian ditanam di dalam kubur cetek di kawasan perumahan La Marie.
Polis yang menerima laporan daripada keluarga Zaliya telah bertindak menyiasat dan menahan Sundur yang merupakan individu terakhir bersama dengan mangsa.
Pemeriksaan di dalam kenderaan Sundur menemui kesan darah yang dipercayai milik Zaliya. Ekoran penemuan kesan darah tersebut, Sundur akhirnya mengaku membunuh mangsa dan membawa polis ke lokasi mayatmangsa ditanam.








