Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita tampil memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membeli makanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, selepas mendakwa menemui sosej berkulat yang dijual di sebuah gerai di lokasi berkenaan.
Dalam perkongsian di laman sosial Thread, wanita terbabit turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bekas-bekas sosej yang kelihatan sudah ditumbuhi kulat putih.
Menurutnya, dia dimaklumkan oleh pekerja di premis tersebut bahawa sosej yang dijual merupakan “stok semalam”.
“Hati-hati kalau berhenti makan RNR Tapah menghala ke utara. Sosej sampai berkulat. Bila tanya sosej ni bila? Staf jawab yang semalam,” tulisnya.

Namun, wanita itu mempersoalkan kewajaran jawapan tersebut kerana keadaan kulat yang kelihatan seolah-olah sudah terlalu lama terbentuk dan bukannya baru sehari.
“Tapi takkan macam ni kalau yang semalam. Berkulat teruk. Mesti yang dah lama dah. Takut-takut ada yang termakan nanti,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen yang turut menyuarakan keprihatinan mengenai tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis R&R.Ramai di antara mereka telah memetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memohon siasatan segera dijalankan.








