Wanita cedera parah ditikam perompak 8 kali - The Reporter

Wanita cedera parah ditikam perompak 8 kali

Sumber Gambar: MyNews Hub

Seorang wanita mengalami cedera parah dalam satu kejadian rompakan di sebuah francais kedai aiskrim Mixue berdekatan dengan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki yang dipercayai merupakan warga asing dilihat masuk ke dapur premis berkenaan sebelum dilihat mengambil senjata dipercayai pisau pemotong dan mengejar mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.25 pagi itu, mangsa dilihat cuba melawan dan mempertahankan diri namun malangnya, suspek bertindak menikam mangsa.

Menerusi maklumat di sebuah portal, mangsa dikatakan telah ditikam sebanyak lapan kali di perut.

Mangsa yang merupakan penyelia di kedai berkenaan dikatakan memegang wang tunai sebanyak RM4,000.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan rakaman CCTV berjaya mendapatkan wajah sebenar suspek.

Susulan itu, usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis bagi mengesan suspek dengan kadar segera.

Jelas beliau lagi, ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun seorang diri di tempat kejadian dan polis menerima laporan daripada abang kepada mangsa pada pukul 11.40 pagi hari kejadian (Selasa).

“Hasil siasatan mendapati kejadian lebih kurang pukul 11.30 pagi, semasa mangsa bekerja seorang diri di kedai tersebut sementara menunggu pekerja-pekerja lain untuk masuk bertugas.

“Suspek merupakan seorang lelaki memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas cuba melakukan samun ke atas mangsa namun berjaya dihalang oleh mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam oleh suspek,” katanya.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu kini dirawat di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang.

Sumber: Mynews Hub, IPD Shah Alam

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!