Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita nekad membatalkan perkahwinannya selepas bakal ibu mertuanya enggan membenarkannya membawa anjing peliharaan tinggal bersamanya selepas berkahwin. Biarpun sudah tujuh tahun bersama dengan teman lelakinya, dia sanggup memutuskan hubungan mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna X bernama Priyanka, berkongsi kisah ini di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Hubungan saya selama 7 tahun sudah berakhir. Bukan kerana saya, bukan kerana dia, tetapi kerana ibunya. Kenapa ibu dia perlu campur tangan? Kenapa? Tujuh tahun bukan tempoh yang pendek,” katanya.
Priyanka berkata mereka sedang merancang perkahwinan, tetapi hubungan mereka semakin renggang. Dia mendakwa teman lelakinya tidak mempertahankan hubungan mereka apabila keluarganya mula tidak bersetuju. Pada mulanya, kedua-dua keluarga bersetuju dengan perkahwinan itu.
Pada awalnya, kedua-dua keluarga bersetuju dengan perkahwinan tersebut, tetapi hubungan Priyanka dan teman lelakinya mula renggang semasa persiapan perkahwinan. Masalah timbul apabila Priyanka mahu membawa anjing peliharaannya tinggal bersama selepas berkahwin kerana ibunya uzur, namun ibu teman lelakinya menolak dengan alasan mereka sudah memiliki seekor anjing dan tidak mahu menjaga dua anjing dalam satu rumah.
“Keluarga kami bersetuju dengan perkahwinan, tetapi saya menetapkan syarat anjing saya akan berpindah beberapa hari selepas perkahwinan kerana ibu saya tidak sihat dan tidak dapat menjaga anjing itu sendirian (kini saya yang mengurus hampir semua perkara).
“Saya tidak sanggup tinggalkan anjing saya, dia seperti anak saya. Tetapi keluarga teman lelaki saya juga mempunyai anjing, dan ibunya menolak dengan alasan mereka tidak boleh menyesuaikan diri dengan dua anjing,” katanya.
Reaksi netizen terhadap keputusan Priyanka
Keputusan Priyanka membatalkan perkahwinan kerana anjing peliharaannya mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang menganggap tindakannya tidak wajar, namun mereka yang memahami kasih sayang terhadap haiwan peliharaan menyokong keputusannya.
“Hubungan memerlukan penyesuaian, pengorbanan. Jika ini pun tidak boleh dilakukan, apa lagi yang boleh dikatakan,” tulis sorang netizen.
Meskipun begitu, ada yang mengkritik tindakan Priyanka sebagai tidak matang.
“Tweet ini sangat kekanak-anakan. Pada mulanya saya simpati, tetapi selepas membaca ini, saya tak boleh simpati lagi,” tulisnya. – Agensi