Vince McMahon letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif TKO & WWE - The Reporter

Vince McMahon letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif TKO & WWE

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Vince McMahon, 78, pengerusi eksekutif lembaga TKO Group Holdings dan pengasas WWE, telah meletakkan jawatan di kedua-dua syarikat tersebut, menurut memo WWE yang diperolehi oleh CNBC dan disahkan oleh syarikat tersebut.

“Vince McMahon telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dari kedudukannya sebagai Pengerusi Eksekutif TKO dan di Lembaga Pengarah TKO. Dia tidak lagi mempunyai peranan dengan TKO Group Holdings atau WWE,” kata Nick Khan, presiden WWE.

Pengumuman ini dibuat berikutan dakwaan yang dibuat awam pada hari Khamis, berhubung kes serangan seksual dan perdagangan seks, terhadap McMahon. McMahon bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada lewat malam Jumaat, “Dengan segala hormat kepada semua, saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan dari pengerusi eksekutif dan lembaga pengarah TKO, berkuat kuasa serta-merta.”

Menurut laporan, Janel Grant telah memfailkan saman terhadap McMahon. Di mana dia mendakwa McMahon telah mengarahkannya untuk menjalinkan hubungan seksual dengan bintang WWE dan lelaki lain.

Saman yang difailkan oleh Grant di Mahkamah Daerah AS di Connecticut mendakwa McMahon, seorang billionaire, pada mulanya bersetuju untuk membayarnya $3 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian. Namun, dia hanya membayar $1 juta.

Selain McMahon, saman tersebut juga menamakan WWE dan John Laurinaitis, bekas ketua hubungan bakat dan pengurus umum syarikat, sebagai defendan.

Aduan ini difailkan enam bulan selepas ejen penguatkuasaan undang-undang persekutuan melaksanakan waran geledah terhadap McMahon dan menyerahkan saman juri besar kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada siasatan ke atas pembayaran berjuta-juta dolar oleh McMahon kepada beberapa wanita, termasuk Grant, selepas dakwaan salah laku seksual.

Sumber: CNBC

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!