Video lelaki tampar wanita di majlis Tahun Baharu Cina tular | The Reporter

Video lelaki tampar wanita di majlis Tahun Baharu Cina tular

Video tampar wanita tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan seorang lelaki menampar wanita dipercayai isterinya ketika keluar dari sebuah majlis sambutan Tahun Baharu Cina menjadi perhatian selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Video berdurasi 30 saat itu, dimuat naik oleh pengguna TikTok ‘Smrmotorsport’ memperlihatkan situasi yang mengejutkan ramai. Individu yang merakam video berkenaan berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALLL/status/1883449100416454880

“Kakak tu kena tampar dalam siaran langsung video ni secara tiba-tiba. Dia masuk terus tampar kakak tu, sebelum ajak pergi,” katanya individu di sebalik rakaman tersebut.

Kejadian itu mencetuskan perbincangan hangat, dan netizen turut mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dianggap tidak wajar dan memalukan wanita itu di khalayak ramai. Apatah lagi kejadian itu berlaku di hadapan anak pasangan terbabit.

Netizen mendesak pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit.

‘Baran tak bertempat’

Related Posts