Jika hari ini kita berasakan kehidupan kita sangat sukar, tetapi perlu diingat, ada insan yang lebih sukar menjalani kehidupan seharian mereka.
Hari ini, kita masih diberikan nikmat makan, pakaian dan kenderaan yang cukup selesa, namun ada yang serba kekurangan.
Sebuah video tular yang menyentuh hati ramai menunjukkan sebuah motosikal yang dinaiki oleh sebuah keluarga dalam keadaan senget. Motosikal berwarna kuning itu turut disambungkan dengan roda tiga.
Difahamkan, mereka sekeluarga tinggal di Bukit Marak, Bachok, Kelantan dan mencari barangan terpakai untuk dijual.
Video berkenaan juga telah mendapat perhatian daripada founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi yang bertanyakan lokasi keluarga berkenaan.
Ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini dan ada juga yang meninggalkan komen mengatakan pernah terserempak dengan motosikal ini dalam keadaan lampu yang tidak menyala pada waktu malam.
“Boleh sesiapa tolong abang ni? Setiap kali saya balik malam-malam kat HUSM, jalan situ gelap. Lampu belakang motosikal abang ni tak menyala, takut jadi apa-apa,” tulis Apek.
“Kalau rasa kita dah cukup susah,, merantau lah..lihat dunia luar.. Insya- Allah kita akan rasa tersangat-sangat bersyukur dengan apa yang kita ada bila nampak kehidupan orang lain yang lebih susah,” kata netizen lain.








