Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sikap tidak sabar seorang pemandu lori simen mengundang kecelakaan apabila dia bertindak menukar laluan secara tiba-tiba lalu merempuh kereta Perodua Viva yang berada di laluan itu.
Menurut mangsa, ada saksi yang mendakwa dia yang bersalah dan telah melanggar lori terbabit. Bagaimanapun, mangsa berusaha mencari bukti dari saksi lain di Facebook dan berjaya mendapatkan video rakaman dashcam yang menunjukkan bahawa dia tidak bersalah.
Sementara itu, pemilik video berkenaan, William Yong, berkata, jika dia cuba memotong melepasi lori tersebut, pasti dia yang akan menjadi mangsa.
“Kalau saya potong lori itu, pasti saya yang terkena. Video ini mesti disebarkan dan perhatikan cara pemanduan pemandu lori berkenaan yang menyebabkan kemalangan,” katanya.











