Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mengalami rabun sejak kecil dan memakai cermin mata semenjak usia 10 tahun, tentu anda dapat membayangkan betapa tebal kanta cermin matanya. Di mata orang, mereka seperti tiada masalah memakai cermin mata tetapi derita dan kepayahannya, hanya mereka saja yang tahu.
Namun, masalah rabun yang dialami sejak 20 tahun lalu selesai dalam masa 23 saat sahaja selepas wanita ini menjalani pembedahan mata yang menelan kos RM12,000 lebih.
20 TAHUN derita rabun hilang dalam 23 saat, masyaAllah. Siapa nak tengok video operation, saya ada upload sekali.
First, buat eye assessment. Ada enam mesin, scary gila sebab orang kata sakit bila letak mata dilator tetapi untuk saya Alhamdulillah tiada sakit langsung. Eye assessent dibuat bagi mengenal pasti sama ada kita sesuai untuk buat Lasik atau Smile Relex dan saya tiada masalah untuk kedua-duanya.
Before prosedure, akan diletakkan ubat eye drop. So memang tak ada rasa walaupun Prof sentuh guna besi mata di kornea, tiada kesakitan. Allahuakbar. Prosedur hanya mengambil masa 23 saat sahaja untuk kedua-dua belah mata dan memang tak ada rasa apa-apa. Cuma ikut saja kata Prof tengok cahaya hijau dan jangan bergerak.
Untuk kos bagi Lasik, RM7,000+, Relex Smile pula RM12,000+ tetapi berbaloi sebab derita rabun 20 tahun hilang!












