Vape diharamkan, rokok dibiarkan. Adilkah dasar ini? | The Reporter

Vape diharamkan, rokok dibiarkan. Adilkah dasar ini?

Imej ilustrasi tanda larangan merah pada peranti vape dengan latar asap gelap
Ilustrasi larangan vape yang semakin mendapat perhatian dalam perbahasan dasar kawalan tembakau negara | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Cadangan pengharaman vape secara menyeluruh terus mencetuskan perdebatan mengenai sejauh mana kerajaan konsisten dalam usaha menangani ketagihan nikotin.

Sebahagian pihak berpandangan langkah mengehadkan penjualan vape secara drastik boleh memberi kesan tidak diingini, termasuk mendorong pasaran gelap dan membuat lebih ramai kembali merokok. Mereka menekankan bahawa dasar kawalan tembakau tidak sepatutnya hanya menumpukan satu produk, sedangkan rokok konvensional masih mudah didapati di pasaran.

Gambar hiasan. Menghisap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri, malah kesihatan orang kesayangan

Pemerhati juga mempersoalkan mengapa penjualan rokok seolah-olah tidak disentuh, walaupun kedua-duanya mengandungi bahan berbahaya dan telah lama difatwakan haram oleh pihak berkuasa agama. Ada yang berpendapat, jika kerajaan benar-benar mahu melindungi kesihatan awam, pengharaman perlu merangkumi rokok dan vape secara menyeluruh.

Baca juga:

Gambar hiasan. Menghisap rokok membahayakan kesihatan

Apakah dasar kawalan tembakau benar-benar adil?

Polemik ini mencetuskan persoalan sama ada langkah yang dilaksanakan lebih bersifat simbolik berbanding penyelesaian menyeluruh. Penguatkuasaan yang tidak seimbang juga dikhuatiri melemahkan keyakinan masyarakat terhadap komitmen kerajaan membendung tabiat merokok dalam apa jua bentuk.

Selain kebimbangan berhubung penjualan tidak terkawal, ada pandangan yang menyebut pengharaman sebelah pihak akan menjejaskan keberkesanan usaha mendidik pengguna, kerana ramai perokok tegar memilih vape sebagai alternatif untuk berhenti merokok.

Gambar hiasan. Menghisap vape membahayakan kesihatan

Vape diharamkan, rokok kekal dijual?

Setakat ini, beberapa negeri sudah mengambil pendekatan lebih ketat termasuk pengharaman penjualan vape secara berperingkat, manakala kerajaan pusat pula mewujudkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap rokok konvensional dilihat masih longgar dan tidak diberi perhatian sama serius.

Situasi ini menimbulkan persoalan lebih besar, adakah pengharaman yang hanya tertumpu kepada vape benar-benar mencerminkan usaha menyeluruh menangani ketagihan nikotin atau sekadar langkah separuh jalan tanpa keberanian membuat keputusan tegas?

Sumber: Harian Metro

Related Posts