Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu sesi siaran langsung (live) di TikTok yang dikendalikan oleh seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Ustaz Tido dikecam ramai.
Dalam sesi berkenaan yang dinamakan sebagai sesi Room Al- Fatihah mengajak orang ramai untuk membacakan Al-Fatihah dengan betul.
Sesi berkenaan dipuji ramai atas usaha untuk membimbing ramai memperbetulkan bacaan mereka.
Bagaimanapun, tindakan Ustaz Tido yang meminta seorang wanita untuk membuka kamera semasa sesi berkenaan mengundang kecaman.
“Dalam room jodoh, awak boleh buka kamera tapi dalam room baca Al-Quran awak tak bukak,” katanya.
Wanita berkenaan bagaimanapun masih tidak berbuat demikian sehinggakan muncul moderator menegur wanita tersebut.
Katanya, bila wanita itu membuka kamera, ustaz dapat menilai bacaannya melalui gerakan bibir.
Kata netizen pula, pengalaman mereka semasa belajar mengaji dengan beberapa Ustaz, tidak pernah lagi diminta bukakan kamera, sebaliknya hanya suara sahaja.
Sumber: Malaysia Kantoi








