Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pendakwah, Ustaz Don Daniyal tampil memohon maaf berhubung dengan kenyataan yang mengelirukan berhubung dengan pertanyaan pendengar di sebuah stesen radio.
Ketika segmen berkenaan ke udara, Ustaz Don memberikan jawapan mengenai hukum berpuasa semasa hari Tasyrik.
Katanya, hanya hari raya pertama Aidiladha tidak boleh berpuasa, sebaliknya hari kedua dan ketiga dibolehkan berpuasa.
Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemusykilan dari orang ramai.
Dalam pada tu, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) turut menampilkan infografik mengenai larangan berpuasa pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11-13 Zulhijjah.
Susulan itu, menerusi hantaran di Instagram, Ustaz Don membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang dibuat.
“Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua.
“Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.
“Okey jawapan yang betul pada Hari Raya Aidiladha tak boleh puasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah). Okey,” katanya.








