Usaha Kerajaan MADANI berhasil, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus - PM | The Reporter

Usaha Kerajaan MADANI berhasil, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus – PM

Data rasmi pasaran buruh Malaysia menunjukkan kadar pengangguran pada 2.9 peratus.
Kadar pengangguran turun 2.9 peratus mencerminkan pasaran kerja semakin stabil hasil usaha Kerajaan MADANI. | Sumber gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kadar pengangguran negara mencatat penurunan kepada 2.9 peratus, paras terendah dalam tempoh 11 tahun, sekali gus mencerminkan pemulihan pasaran buruh yang semakin stabil serta peluang pekerjaan yang kian meluas. Perkembangan itu turut disokong peningkatan penyertaan tenaga buruh dan keadaan ekonomi yang lebih menggalakkan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pencapaian berkenaan adalah hasil usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam membina semula asas ekonomi negara sejak tiga tahun lalu, dengan fokus memastikan pertumbuhan diterjemah kepada pekerjaan berkualiti dan pendapatan yang bermaruah.

Pasaran kerja semakin kukuh

Data terkini menunjukkan pasaran kerja kekal stabil dengan 17.61 juta tenaga buruh direkodkan, manakala kadar penyertaan tenaga buruh berada pada 70.9 peratus. Penyertaan lelaki kekal tinggi pada 83.3 peratus, sementara penyertaan wanita meningkat kepada 56.6 peratus, menandakan lebih ramai wanita kembali atau memasuki pasaran kerja.

Peningkatan ini menggambarkan keyakinan majikan serta penawaran pekerjaan yang lebih meluas merentas sektor, selain kesan dasar pemerkasaan tenaga kerja yang memberi tumpuan kepada kemahiran dan kebolehpasaran.

Baca juga:

Di luar tenaga buruh, tetap menyumbang

Dalam masa sama, 7.22 juta individu berada di luar tenaga buruh, kebanyakannya kerana komitmen kehidupan. Daripada jumlah itu, 43.7 peratus terlibat dengan kerja rumah dan tanggungjawab keluarga, manakala 40.8 peratus masih bersekolah atau menjalani latihan.

Kerajaan menegaskan kumpulan ini tidak wajar dilabel tidak produktif, sebaliknya peranan mereka menyokong kesejahteraan sosial dan pembangunan modal insan negara.

Anwar menekankan komitmen kerajaan untuk meneruskan pembaharuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, termasuk peluang pekerjaan yang lebih baik dan jaminan masa depan yang lebih terjamin. – The Reporter

Related Posts