Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Upacara pembukaan Olimpik Paris 2024 diselitkan dengan agenda LGBTQ+ mengundang pelbagai reaksi negatif para peminat sukan terhadap penganjur. Sukan yang sudah dianjur sejak beribu tahun lalu dari zaman Yunani purba lagi, dicemari dengan upacara yang paling jijik pernah dipersembahkan dalam sejarah tamadun manusia.
Upacara pembukaan itu ditonton lebih dari 1 bilion penonton, tidak menyangka adegan sedemikian ditonjolkan oleh pihak penganjur yang bukan sahaja menyelitkan unsur LGBTQ+, malah didakwa mempersendakan agama Kristian (The Last Supper).
Menurut sumber, seorang lelaki Yahudi yang dikenali sebagai Thomas Jolly, merupakan lelaki songsang berusia 42 tahun, menggunakan pentas temasya itu untuk mempersenda agama Kristian secara terang-terangan.
Tinjauan di media sosial, netizen mengencam tindakan penganjur yang dilihat sengaja berbuat demikian.

“Ini adalah satu penghinaan kepada upacara ‘The Last Supper’. Sangat menjijikkan dan memualkan. Penganjur Olimpik Paris 2024 wajar dikecam,” kata netizen.
“Paris paling jijik dalam banyak-banyak pembukaan olimpik. Dari A sampai Z, macam orang tak ada tamadun. Pemikiran kotor, langsung tak ada standard seperti Tokyo dan Qatar,” tambah netizen lain.
Susulan video tersebut mendapat kecaman teruk di media sosial, pihak penganjur telah menark balik video tersebut dari saluran YouTube.








