Universiti Malaya sahkan kemasukan pelajar genius termuda, Izz Imil | The Reporter

Universiti Malaya sahkan kemasukan pelajar genius termuda, Izz Imil

Sumber Gambar: FB Universiti Malaya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketika ini kebanyakan universiti sedang sibuk meraikan kedatangan pelajar-pelajar baharu yang mendaftar masuk.

Menjadi tumpuan ramai ketika ini, seorang pelajar termuda yang mendaftar masuk ke Universiti Malaya.

Izz Imil seorang pelajar baharu menjadi tular apabila satu-satunya pelajar termuda yang berusia 12 tahun memasuki universiti berkenaan sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

Dalam satu kenyataan, pihak Universiti Malaya mengesahkan perkara tersebut.

“Universiti Malaya ingin mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang berusia 12 tahun, Izz Imil sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

“Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di Universiti Malaya,” tulis kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, pihak universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang kepada pelajar berkenaan melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri.

“Memandangkan usia Izz Imil yang begitu muda, pihak universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada pelajar tersebut melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri di universiti.

“Perkara ini penting bagi membolehkan beliau dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik,” katanya.

Related Posts