Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kolej Kediaman UniCiti Alam kini berada dalam keadaan terabai apabila terpaksa hidup tanpa bekalan air bersih selama hampir dua minggu.
Gangguan ini bukan sahaja mengganggu rutin harian, malah menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.
Menurut laporan Portal MyBerita, masalah ini telah berlarutan sejak awal April. Pelajar mendakwa mereka terpaksa berulang-alik dari tingkat atas ke bawah hanya untuk mendapatkan sedikit air
Masalah air ini menambah tekanan terutama bagi pelajar tahun akhir yang sedang sibuk dengan tugasan serta persiapan peperiksaan akhir semester.
- Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis
- FINAS sahkan penamatan tayangan filem Konspirasi atas permintaan penerbit
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
- Video tular: Polis siasat dakwaan MB Perlis tembak lembu
- ‘Perangai pengotor bila mahu dikorbankan?’ – Dr Rozaimi Ramle
Menurut pelajar, bantuan bekalan air hanya tiba pada 14 April, namun airnya keruh dan tidak sesuai untuk digunakan bagi tujuan memasak, makan, atau minum.
Pelajar juga tidak dibekalkan maklumat yang jelas tentang status pembelajaran, sama ada kelas akan diteruskan secara bersemuka atau dialihkan ke platform dalam talian buat sementara waktu.
Lebih mengecewakan, pihak pengurusan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau pelan tindakan jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan krisis ini. Pelajar berharap pihak universiti lebih proaktif dan telus dalam menangani isu kebajikan pelajar.
Tinjauan juga mendapati beberapa pelajar telah memilih untuk pulang ke kampung atau menumpang rakan di luar kampus kerana tidak sanggup berdepan situasi sebegini lebih lama.
Insiden ini sekali lagi membuka perdebatan mengenai kecekapan pengurusan kemudahan di institusi pengajian tinggi. Bagi pelajar UniMAP, mereka hanya mahukan hak asas dipenuhi iaitu air bersih yang cukup untuk hidup dan belajar dengan selesa.
Isu gangguan bekalan air di institusi pengajian tinggi bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga menghadapi masalah serupa, yang menjejaskan tumpuan mereka terhadap pembelajaran.








