'UMNO Melayu fikir baik-baik, nak marah saya, marahlah saya duta' - Nazri Aziz tegaskan UMNO akan rugi jika kekal bersama PAS - The Reporter

‘UMNO Melayu fikir baik-baik, nak marah saya, marahlah saya duta’ – Nazri Aziz tegaskan UMNO akan rugi jika kekal bersama PAS

Nazri Aziz
Sumber gambar: The Star

Bekas ahli parlimen Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan bahawa Umno akan rugi jika kekal bersama PAS dan Bersatu kerana akan bertembung dengan banyak kerusi majoriti pengundi melayu.

Menerusi satu wawancara yang dihoskan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin itu, Mohamaed Nazri berkata beliau tidak menerima alasan kerjasama antara dua parti ini bertujuan untuk kembalikan sokongan Melayu.

“Jika kerjasama ini dibuat, selepas PRU nanti parti UMNO akan jadi nombor tiga.

“Formula pada PRU, kerusi parti yang mana menang, akan diletakkan sebagai calon.

“Lebih baik bersama PH, sekurangnya nanti UMNO dapat peluang untuk bertanding di ketiga-tiga kerusi,” katanya.

Beliau turut menyatakan kelebihan UMNO bersama PH akan membolehkan parti itu menarik undi sokongan majoriti bukan Melayu.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan ahli UMNO yang lain supaya tidak terlalu mengikut emosi dengan mengembalikan UMNO kepada sebuah parti yang Melayu yang terbesar.

“Kita tak pernah terancam yang akhirnya membantu kita adalah parti DAP,” katanya.

Sumber: Suara Madani, Malaysia Kini

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!