Ular Tertelan Tombol Pintu Kerana Disangkanya Telur Ayam - The Reporter

Ular Tertelan Tombol Pintu Kerana Disangkanya Telur Ayam

MISSOURI – Seekor ular terpaksa menjalani pembedahan di perutnya selepas tertelan tombol pintu, lapor Daily Mail. 
Menurut satu keluarga yang menemui ular berkenaan berkata, ular terbabit sebelum ini ‘ditugaskan’ untuk menangkap tikus di luar reban ayam mereka di Ballwin, Missouri. 
Difahamkan, keluarga berkenaan telah meletakkan satu tombol pintu lama berwarna putih di atas tanah sebagai ‘telur palsu’ bagi menggalakkan ayam ternakan mereka bertelur. Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati reptilia terbabit berada di halaman rumah dengan satu benjolan yang besar di perutnya.
Susulan itu, ular tersebut dibawa ke klinik veterinar untuk menyiasat apa yang dimakan olehnya. 
Setelah melakukan imbasan x-ray, doktor veterinar mendapati benjolan itu adalah tombol pintu. Ular terbabit yang diberi nama ‘Doorknob’ susulan tertelan tombol pintu, terpaksa menjalani pembedahan di perutnya bagi mengeluarkan tombol tersebut, sebelum dilepaskan semula ke habitatnya. 
Ular tersebut terpaksa menghabiskan masanya di bawah jagaan pihak veterinar untuk beberapa bulan sehingga lukanya sepanjang enam inci itu sembuh sepenuhnya. 
Bagaimanapun, keluarga berkenaan mahu ular itu dikembali ke halaman rumah mereka agar ular itu boleh memakan tikus yang ada di situ. – The Reporter
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!