UiTM perjelas isu, nafi dakwaan paksa pelajar bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan - The Reporter

UiTM perjelas isu, nafi dakwaan paksa pelajar bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan

Sumber Gambar: UiTM

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan memaksa pelajar bukan Islam menyertai program keagaman seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, UiTM berkata pihaknya memandang serius kekeliruan yang timbul akibat isu komunikasi dan poster program.

Sehubungan dengan itu katanya Pusat Kokurikulum akan mengkaji semula prosedur penganjuran program bagi memastikan pelaksanaannya lebih efisien pada masa depan.

@uitm_channel

UiTM KOMITED TERHADAP KEPERLUAN SENSITIVITI AGAMA DAN BUDAYA DALAM PENGANJURAN PROGRAM KEM JATI DIRI DAN KEROHANIAN SHAH ALAM, 14 JANUARI 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang tular dalam talian mengenai program Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 yang dikatakan memaksa pelajar bukan Islam menghadiri acara-acara keagamaan Islam. Program ini, sebahagian daripada silibus kursus kokurikulum Kesatria Negara dan Kesatria Kembara, dirancang untuk membentuk mahasiswa seimbang dari segi sahsiah, intelek, dan spiritual. Ia merangkumi elemen seperti disiplin, patriotisme, pertolongan cemas, rekreasi, dan nilai kerohanian bagi pelajar Muslim, manakala pelajar bukan Muslim didedahkan kepada Ceramah Etika Sosial yang sesuai dengan keperluan mereka. Pada 11 Januari 2025, Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri Ke-20 berlangsung di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, melibatkan 2,447 pelajar semester pertama, termasuk 34 pelajar bukan muslim dari kursus Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kembara 1, dan Pancaragam 1. Aktiviti yang dirancang secara teliti memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, intelek, dan spiritual, mencerminkan komitmen UiTM dalam melahirkan mahasiswa yang holistik, berintegriti, dan bersedia menyumbang kepada masyarakat. Program ini melibatkan pelajar daripada kursus kokurikulum Kesatria UiTM. Pelajar Muslim mengikuti ceramah Pengurusan Jenazah (Muslim) di ruang utama Masjid, manakala pelajar bukan Muslim menghadiri Ceramah Etika Sosial yang berlangsung selama dua jam di Dewan Muktamar bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Ceramah Etika Sosial bertujuan memberi pemahaman tentang nilai etika dalam kehidupan bermasyarakat, termasuk di rumah, tempat kerja, dan ruang awam. Selepas sesi ceramah tamat, pelajar bukan Muslim menikmati minum petang sebelum dibenarkan pulang. Tujuan utama program ini adalah membentuk individu dengan kesedaran sosial tinggi dan nilai sahsiah unggul. Penggunaan lokasi berhampiran seperti masjid dan Dewan Muktamar mempermudah pengurusan, menjimatkan masa dan sumber logistik, serta memastikan peserta dapat mengikuti aktiviti secara teratur tanpa gangguan. UiTM memandang serius kekeliruan yang timbul akibat isu komunikasi dan poster program. Pihak Pusat Kokurikulum akan mengkaji semula prosedur penganjuran program bagi memastikan pelaksanaannya lebih efisien pada masa depan. Penambahbaikan ini termasuk ketelitian dalam penyampaian maklumat dan bahan promosi untuk mengelakkan salah faham. UiTM menegaskan bahawa program Kem Jati Diri dan Kerohanian dijalankan dengan menghormati sensitiviti agama dan budaya semua peserta. UiTM kekal komited memastikan aktiviti kokurikulum memenuhi prinsip inklusiviti dan profesionalisme, serta menyumbang kepada pembangunan mahasiswa yang berdaya saing dan berintegriti tinggi.

♬ original sound – UiTM Channel – UiTM Channel

“Penambahbaikan ini termasuk ketelitian dalam penyampaian maklumat dan bahan promosi untuk mengelakkan salah faham.

“UiTM menegaskan program Kem Jati Diri dan Kerohanian dijalankan dengan menghormati sensitiviti agama dan budaya semua peserta.

“UiTM kekal komited memastikan aktiviti kokurikulum memenuhi prinsip inklusiviti dan profesionalisme serta menyumbang kepada pembangunan mahasiswa yang berdaya saing dan berintegriti tinggi,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut turut menjelaskan, program itu adalah sebahagian daripada silibus kursus kokurikulum Kesatria Negara dan Kesatria Kembara yang dirancang untuk membentuk mahasiswa seimbang dari segi sahsiah, intelek dan spiritual.

Program ini ujarnya merangkumi elemen seperti disiplin, patriotisme, pertolongan cemas, rekreasi dan nilai kerohanian manakala pelajar bukan Islam didedahkan kepada ceramah etika sosial yang sesuai dengan keperluan mereka.

Terdahulu, tular dakwaan yang mengatakan pelajar Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dikehendaki untuk menghadiri program berkaitan dakwah Islamiah menerusi Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20.

Berdasarkan poster berkenaan juga meminta semua pelajar bukan Islam dan 10 pelajar Islam daripada setiap kelas diwajibkan hadir secara bersemuka.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!