Ugut & sebar gambar bogel guru, wanita direman 4 hari | The Reporter

Ugut & sebar gambar bogel guru, wanita direman 4 hari

Tangan wanita bergari di sebalik jeriji besi, simbol tahanan reman
Gambar hiasan

Seorang wanita berusia 53 tahun direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang guru wanita dalam kejadian yang berlaku pada Mac lalu.

Lapor Sinar Harian, perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mendengar permohonan daripada pegawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek yang merupakan seorang ejen insurans dan ibu kepada empat anak ditahan kira-kira jam 10.15 malam Ahad oleh sepasukan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, wanita berkenaan sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang guru berusia 47 tahun.

“Kes terbongkar apabila bapa kepada guru terbabit menerima sepucuk surat yang mengandungi gambar bogel anak perempuannya dan menantunya di Klebang, menyebabkan mangsa tampil membuat laporan polis pada 27 Mac lalu,” kata sumber.

Sumber turut memaklumkan pengadu bimbang aib dirinya tersebar lebih meluas dan mendakwa suspek kerap mengganggu keluarganya.

Sementara itu, peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh memaklumkan pihaknya membantah permohonan reman empat hari yang dimohon polis atas alasan ia terlalu panjang dan tidak wajar.

Related Posts