'Tyzo, mungkin tempat awak bukan di sini, tapi di hati pendengar' - Lakonan Tyzo dalam promosi Pak Mat Western tarik perhatian netizen - The Reporter

‘Tyzo, mungkin tempat awak bukan di sini, tapi di hati pendengar’ – Lakonan Tyzo dalam promosi Pak Mat Western tarik perhatian netizen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jenama Pak Mat Western tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Jenama lokal tempatan itu telah menarik ramai pelanggan untuk mencuba menu-menu yang diiklankan.

‘Citarasa Hotel, Harga Warung’ merupakan satu trademark premis berkenaan yang menggunakan ramai selebriti dan pempengaruh untuk mempromosikan produk mereka.

Peka dengan isu semasa yang berlaku, Pak Mat Western mengambil peluang dengan mengambil bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo untuk mempromosikan produk keluaran mereka.

Menerusi lakonan berdurasi 4:12 saat itu, Tyzo memegang watak pekerja baharu di premis itu. Dalam lakonan tersebut, Tyzo terbawa-bawa pekerjaannya sebagai penyampai radio.

https://www.tiktok.com/@pakmatwestern/video/7326856687275478279?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7323881119455266305

Dari seorang penjaga kaunter sehingga penghantar makanan, Tyzo dilihat tidak berhenti-henti berceloteh seolah-olah berinteraksi dengan pemanggil.

Bagaimanapun, ‘majikannya’ seolah tidak dapat menerima cara Tyzo bekerja dan terpaksa memecat Tyzo.

“Tyzo, mungkin tempat awak bukan di sini, tapi di hati pendengar,” katanya.

Di ruangan komen, netizen terhibur dengan lakonan Tyzo dan menyifatkan dialog terakhir yang diungkapkan mempunyai makna yang cukup mendalam.

Sumber: Pak Mat Western

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!