Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
Peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, mengesahkan pemergian beliau, memetik laporan daripada Berita Harian.
Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas mengalami strok baru-baru ini dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Menurut Gurdial, pengebumian Allahyarham dijadualkan akan berlangsung pagi ini. Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai upacara pengebumian tersebut.
Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kali pertama dari 1984 hingga 1991, di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur. Kemudian, beliau kembali sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001 untuk membantu negara mengatasi cabaran ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan Asia.
Pemergian Tun Daim merupakan satu kehilangan besar kepada dunia politik dan ekonomi negara.