Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Harga iPhone dijangka meningkat secara mendadak selepas Amerika Syarikat mengenakan tarif baharu sebanyak 104% ke atas barangan import dari China. Tindakan ini memberi kesan besar kepada Apple yang banyak bergantung kepada China untuk pembuatan dan komponen utama iPhone.
Menurut Wall Street Journal, kos bagi iPhone 16 Pro 256GB sebelum ini dianggarkan sekitar US$550 (RM2,470). Dengan tarif baharu, kos tersebut boleh mencecah lebih US$1,100 (RM4,940), hanya untuk bahagian dalaman telefon.
Apple mendapatkan komponen dari pelbagai negara — kamera belakang dari Jepun, cip pemproses dari Taiwan, skrin dari Korea Selatan — dan semuanya kini terjejas. Hanya cip memori bernilai sekitar US$22 (RM98) dihasilkan di Amerika Syarikat. Ini menjadikan Apple antara syarikat paling terkesan apabila tiada satu pun produk diberi pengecualian tarif setakat ini.
Pakar menjangka kos keseluruhan penghasilan iPhone akan meningkat lebih 43% selepas mengambil kira kos buruh, ujian dan logistik. Akibatnya, model asas iPhone 16 mungkin dijual sekitar US$1,500 (RM6,738), manakala iPhone 16 Pro Max 1TB pula boleh mencecah US$2,300 (RM10,333).
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- ‘Kesilapan saya sebab terlalu percayakan orang’ – Azar Azmi
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Trump dalam kenyataan terbarunya mencadangkan agar semua proses pemasangan dipindahkan ke Amerika Syarikat. Namun menurut pemerhati industri, idea ini bakal menyebabkan kos naik berkali ganda memandangkan kadar gaji buruh di AS jauh lebih tinggi berbanding di China.
Walaupun iPhone 16 bakal hadir dengan cip lebih laju, kamera lebih canggih dan teknologi pintar Apple Intelligence, pengguna dijangka semakin berkira-kira untuk menaik taraf jika harga melambung terlalu tinggi.








