Trump tandatangan arahan larang wanita transgender sertai sukan wanita - The Reporter

Trump tandatangan arahan larang wanita transgender sertai sukan wanita

Trump larang wanita transgender dalam sukan wanita
Foto : ABC News

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah menandatangani perintah eksekutif pada Rabu untuk melarang wanita transgender daripada bertanding dalam sukan wanita.

Perintah yang dinamakan “Keeping Men Out of Women’s Sports” itu diumumkan dalam satu majlis di Rumah Putih, dengan kehadiran beberapa atlet wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pakaian sukan mereka.

“Dengan perintah eksekutif ini, perang terhadap sukan wanita telah berakhir,” kata Trump dalam ucapannya.

Sekolah dan peraturan baharu

Arahan ini berdasarkan undang-undang Title IX, yang melarang diskriminasi jantina dalam sekolah dan program pendidikan yang menerima dana kerajaan.

Sebelum ini, pentadbiran Biden menyatakan bahawa sekolah yang menghalang atlet transgender bertanding mengikut identiti jantina mereka melanggar Title IX. Namun, Trump menegaskan sukan wanita hanya untuk wanita yang dilahirkan sebagai perempuan. Sekolah yang tidak mematuhi arahan ini berisiko kehilangan dana persekutuan.

Tekanan ke atas badan sukan

Trump juga mendesak badan sukan utama seperti NCAA dan Jawatankuasa Olimpik supaya melarang atlet transgender bertanding dalam sukan kategori wanita. Walaupun beliau tidak mempunyai kuasa langsung kke atas organisasi ini, Trump berharap tekanan awam akan mempengaruhi keputusan mereka.

Setiausaha Negara Marco Rubio juga diarahkan untuk menyampaikan pendirian pentadbiran AS kepada badan sukan antarabangsa, termasuk di PBB.

Semakan visa atlet transgender

Trump turut mengarahkan semakan visa bagi atlet transgender yang ingin bertanding di AS. Sesiapa yang mengaku sebagai wanita tetapi dilahirkan sebagai lelaki akan dinilai sama ada mereka layak bertanding atau tidak.

Langkah ini mencetuskan perdebatan hangat. Penyokong Trump melihatnya sebagai usaha melindungi keadilan dalam sukan wanita. Namun, pengkritik menuduhnya sebagai serangan terhadap hak golongan transgender.

Walaupun Trump sering menyentuh isu ini dalam kempennya, statistik menunjukkan hanya kurang daripada 10 atlet transgender bertanding dalam NCAA daripada lebih 500,000 atlet keseluruhan. – Agensi

Total
0
Shares
Total
0
Share