Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat mahu melihat kereta mini ultra-kompak dihasilkan dan digunakan di negaranya selepas melihat sendiri model seumpamanya di Jepun ketika lawatan ke Asia (Malaysia, Jepun, Korea Selatan) baru-baru ini.
Beliau menyifatkan kereta itu “sangat comel” dan “cantik”, sambil memaklumkan telah mengarahkan Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy untuk segera meluluskan perubahan peraturan agar kenderaan seperti itu boleh dibuat di Amerika.
“Honda dan beberapa syarikat Jepun buat kerja yang sangat baik, tetapi kita tidak dibenarkan menghasilkan kereta seperti itu di sini. Kita akan luluskan kereta-kereta itu,” katanya.
Trump: If you go to Japan and South Korea and Malaysia, they have a very small car… Very small and really cute. You’re not allowed to build them and I have authorized the secretary to immediately approve the production of those cars. pic.twitter.com/MT6qchy8Bk
— Acyn (@Acyn) December 3, 2025
Baca juga:
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Gempa 7.8 Magnitud: Video bangunan sekolah di Mindanao, Filipina runtuh tular
- Iran dakwa dikenakan syarat masuk dan keluar AS hari sama perlawanan
Peluang baharu untuk pengeluar Jepun
Di Jepun, kereta mini dengan enjin tidak melebihi 660cc menyumbang hampir 40 peratus daripada jualan kereta baharu. Langkah Trump ini dilihat boleh memberi kelebihan besar kepada pengeluar seperti Honda dan Toyota yang sudah pun mempunyai kilang pemasangan di AS.
Duffy pula mengesahkan pihaknya akan meneliti semula peraturan sedia ada yang menghalang pengeluaran kereta kecil seperti yang digunakan di Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.
“Jika Toyota atau mana-mana syarikat mahu menghasilkan kereta kecil yang lebih mampu milik dan jimat minyak, kami sudah membuka jalan untuk mereka berbuat demikian,” katanya.
Isu perdagangan dan tarif
Langkah ini hadir selepas Trump mengenakan tarif 15 peratus terhadap kereta dari Jepun awal tahun ini sebagai usaha mengimbangi defisit perdagangan antara kedua-dua negara.
Namun, penganalisis menjelaskan bahawa kegagalan kereta Amerika di pasaran Jepun lebih disebabkan oleh gaya dan saiz kerana rakyat Jepun lebih menggemari kenderaan kecil dan efisien berbanding trak besar yang biasa dijual oleh pengeluar AS.
Jika rancangan ini berjaya, ia berpotensi mengubah pasaran automotif Amerika dan membuka peluang kepada rakyatnya memiliki kereta baharu yang lebih murah dan menjimatkan bahan api.
Sumber: Straits Times








