Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu rakaman video memaparkan pergaduhan antara dua lelaki di kawasan kaki lima telah tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Insiden bermula apabila seorang lelaki berbaju hitam dilihat mencabar seorang lagi lelaki yang memakai baju berwarna merah jambu. Walaupun dicabar berkali-kali, lelaki berbaju merah jambu itu pada awalnya kekal tenang dan tidak membalas sebarang serangan.
“Touch me. Jadi gentle, bro. Perempuan dengan perempuan. Lelaki dengan lelaki,” katanya dengan tegas.
Punca sebenar pertelingkahan itu tidak diketahui, namun berdasarkan suara wanita yang merakam kejadian, lelaki berbaju hitam dipercayai menjadi pencetus kekecohan.
“Kami hanya mahu beritahu hal sebenar, tapi lelaki tu tak habis-habis ajak gaduh,” ujar wanita tersebut.
Situasi semakin tegang apabila lelaki berbaju hitam yang kelihatan memakai baju bertulisan “Gerak Solo” meluru ke arah lelaki berbaju merah jambu dalam keadaan mencabar dan seolah-olah memaksa satu perlawanan fizikal berlaku.
Seorang wanita sempat mencuba untuk meleraikan situasi, namun usahanya gagal apabila lelaki berbaju hitam terus bersikap agresif.
Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
Setelah beberapa kali digertak dan dicabar, lelaki berbaju merah jambu akhirnya bertindak mempertahankan diri dengan melancarkan pukulan, menyebabkan lelaki berbaju hitam jatuh ke lantai.
“Call polis,” kedengaran suara lelaki berbaju merah jambu selepas insiden itu.
Pengawal keselamatan dan beberapa individu lain kemudiannya muncul untuk memisahkan kedua-dua pihak, namun pertelingkahan itu terus berlanjutan seketika sebelum benar-benar dihentikan.
Difahamkan, lelaki berbaju hitam dipercayai seorang pengawal keselamatan, manakala lelaki berbaju merah jambu pula dikatakan mempunyai latar belakang dalam seni mempertahankan diri Muay Thai.
Pergaduhan itu hanya terhenti selepas lelaki berbaju hitam jatuh terbaring akibat satu lagi pukulan daripada lawannya.











