Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai ibu mentua kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed, mendakwa menantunya melarikan dan menghalang anak serta dan cucu berjumpa dengannya.
Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani Ishak, 27, untuk tujuan “menjadikan tikus makmal” bagi menjalani pembedahan bariatrik dan mempromosikan produk pelangsingan badan.
Bagaimanapun, Price Syed menegaskan, isterinya enggan berjumpa dengan keluarganya atas sebab-sebab tertentu.
Memetik laporan Harian Metro, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, juga membuat laporan polis di Balai Polis Klang, di sini, petang semalam berhubung kejadian diserang sehingga cedera di tangan dan wajah.
Menurutnya, insiden berlaku sekitar jam 2.40 petang semalam di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, apabila empat individu yang dikenali menyerangnya.
“Mereka memukul kepala saya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk wajah. Selain itu, tangan saya dicakar sehingga berdarah, cermin Proton X70 saya dipecahkan dengan topi keledar dan mereka turut melakukan provokasi,” katanya.
Baca juga:
- Tular video pelancong kecewa tak dimaklumkan beli burger daging lembu
- Suami bermadu: Disangka bujang, lelaki dakwa ditipu ‘isteri’ sendiri
- Viral pergaduhan di kedai kopi, pelanggan dakwa barista lambat siapkan minuman?
Prince Syed menegaskan beliau mempunyai bukti berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan insiden itu berlaku kerana individu terbabit beranggapan beliau menghalang isteri mereka berjumpa dengan mereka.
“Hakikatnya, isteri enggan berjumpa atas sebab tertentu. Saya buat laporan polis demi keselamatan diri dan bimbang mereka bertindak agresif,” tambahnya.
Beliau juga mendedahkan telah membuat satu lagi laporan di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor selepas menerima desakan daripada individu sama yang menuntut agar beliau berpisah dengan isteri.
“Mereka turut mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak kami yang berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaganya,” jelasnya.
Prince Syed menegaskan, sebagai suami, beliau bertekad mempertahankan perkahwinan mereka.
“Kami ‘hide’ video di TikTok bukan kerana masalah rumah tangga, tetapi untuk ketenteraman kerana isteri sebelum ini tidak sihat dan saya perlu fokus dengan perniagaan,” katanya.








