'Tolong keluar, kita datang mahu kutip wang' - Ah Long cakap 3 bahasa guna pembesar suara, serbu rumah penghutang - The Reporter

‘Tolong keluar, kita datang mahu kutip wang’ – Ah Long cakap 3 bahasa guna pembesar suara, serbu rumah penghutang

Secara jelas dan nyata, pinjaman daripada ceti haram menyalahi undang-undang. Namun, masih lagi ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Jika dulu ejen-ejen ini menggenakan ugutan seperti menyimbah cat merah di rumah peminjam, tetapi kali ini ada cara terbaharu digunakan bagi memaksa peminjam menyegerakan bayaran.

Tular rakaman video, beberapa individu dari ejen berkenaan bertindak untuk menyerbu rumah peminjam yang didakwa liat untuk membayar pinjaman. Menerusi beberapa komen, tindakan berkenaan sama seperti yang dilakukan oleh ceti di Singapura.

Mereka turut membawa satu bunting yang meminta peminjam menjelaskan hutang berkenaan. Bukan itu sahaja mereka juga menggunakan pembesar suara memanggil nama penghutang.

“Tolong keluar, kita datang kutip wang. Boleh cerita. Cakap mahu bayar, tapi tak bayar-bayar. Berapa lama kita mahu tunggu.

“Sila bayar hutang anda. Kita mari sini untuk settle kan,” kata mereka.

Mereka memanggil penghutang bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu, malah mereka turut menggunakan bahasa mandarin dan tamil.

Walaupun sudah berkali-kali dipanggil, penghutang masih tidak keluar dari rumah dan hanya kedengaran suara anjing yang menyalak.

Sumber: X, TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!