'Tolong jangan buat marketing macam ni, geli & memalukan!' | The Reporter

‘Tolong jangan buat marketing macam ni, geli & memalukan!’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam tular satu video yang menunjukkan beberapa lelaki berbadan ‘sado’ menjual buah durian tanpa memakai baju di gerai Durian Papa Muda, menjadi perbualan hangat di media sosial.

Walaupun ada yang suka dengan penampilan mereka, tinjauan mendapati lebih ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dan geli.

Berkata kepada media, penjual durian terbabit menafikan mereka sengaja berbuat demikian. Sebaliknya, video tersebut dirakam dan ditularkan oleh pelanggan.

Biar apa pun sekali alasan yang diberi, netizen tetap enggan menerimanya dan berharap agar perbuatan tidak senonoh ini dihentikan serta-merta kerana ia bercanggah dengan adat ketimuran.

Beberapa pengguna media sosial turut menyarankan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas terhadap penjual durian yang dipercayai tidak mempunyai sijil pengendalian makanan.

‘Hempuk guna kulit durian’

‘Dengan peluhnya, bulu ketika’

‘Nak jual durian atau badan?’

Related Posts