Durian Papa Muda dikunjungi ramai selepas video 'tayang body' tular - The Reporter

Durian Papa Muda dikunjungi ramai selepas video ‘tayang body’ tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Musim durian kembali lagi. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan raja buah dengan harga yang berpatutan.

Seperti peniaga lain, ada cara tersendiri untuk mempromosikan barang atau makanan mereka.

Namun, tidak dipastikan tindakan beberapa peniaga durian yang tidak memakai baju di sebuah gerai durian sebagai ‘marketing’ atau tidak tahan panas dengan cuaca.

https://www.tiktok.com/@durianpapamuda/video/7379439232873401607?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7389149312347047444

Menerusi beberapa hantaran video tular, kelihatan beberapa orang lelaki berbadan sasa dan tidak berbaju mengangkat dan menyusun beberapa biji durian di gerai berkenaan.

Memberi nama durian papa muda, gelagat mereka secara tidak langsung menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang mengambil gambar dan merakam aksi mereka.

Bagaimanapun menerusi satu laporan, katanya mereka bukan sengaja berbuat demikian sebagai promosi perniagaan tetapi ketika itu mereka sedang sibuk menguruskan perniagaan.
Dan ketika itu juga, kebetulan pelanggan yang singgah telah menularkan kejadian itu.

@hmetromy

Bukan hanya keenakan dan aroma durian saja memikat pencinta raja buah itu singgah ke gerai diberi nama Durian Papa Muda namun peniaga lelaki yang bertubuh cantik turut menjadi pelaris untuk menarik kedatangan pelanggan ke situ.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Sejak tular kejadian tersebut, gerai berkenaan sudah mula dikunjungi ramai pelanggan.

Sumber: TikTok Durian Papa Muda, Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share