'Toleh ke belakang, dia sudah tiada' - Ibu harap Zayn Rayyan segera ditemui selamat - The Reporter

‘Toleh ke belakang, dia sudah tiada’ – Ibu harap Zayn Rayyan segera ditemui selamat

Sumber gambar: Orang awam

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan, 6, yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam, masih belum ditemui sehingga kini. Namun, ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28, percaya anaknya itu masih berada di kawasan sekitar.

Dalam temubualnya bersama Harian Metro, Rabu, 6 Disember 2023, Ismanira menjelaskan dia terdahulu mengambil anaknya pulang dari sekolah sekitar jam 12 tengah hari.

Apabila tiba di kawasan perumahan, Zayn dikatakan secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan. Ismanira menuruti kemahuan Zayn.

Selepas beberapa minit, Ismanira memujuk Zayn balik kerana dia perlu memasak dan menyiapkan anaknya itu untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Dalam perjalanan naik ke rumah, Ismanira membawa beg dan barang basah yang baru dibeli. Dan Zayn pula mengekorinya dari belakang.

Selepas beberapa langkah, Ismanira memanggil nama anaknya, tetapi tidak dijawab lalu ditoleh ke belakang dan mendapati Zayn sudah hilang dari pandangannya.

Ibu kepada dua anak itu cuba mencari Zayn di kawasan sekitar tetapi gagal menemuinya dan segera memaklumkan kejadian itu kepada suami dan penduduk sekitar untuk membantu mencari Zayn.

Sehinggalah ke waktu malam, polis dan bomba serta dengan bantuan anjing pengesan datang ke lokasi untuk mencari Zayn yang hanya mampu menyebut ‘Mummy’ dan ‘Daddy’ sahaja.

Ismanira berharap anak sulungnya itu dalam keadaan selamat dan segera ditemui. Zayn katanya tidak pernah berseorangan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!