Tok Arif Bagi “Wasiat”, Alif & Adik Beradik Bingung Kenapa Amalan Ini Perlu Dibuat Menjelang Lebaran - The Reporter

Tok Arif Bagi “Wasiat”, Alif & Adik Beradik Bingung Kenapa Amalan Ini Perlu Dibuat Menjelang Lebaran

Video Raya Hong Leong Bank

Bulan Ramadan hampir melabuhkan tirai, semestinya ada banyak video-video Raya yang dah keluar. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang kelakar, macam-macam lah!

Korang dah tengok berapa banyak video Raya tahun ni dan korang rasa video mana yang paling best untuk tahun 2024?

Kalau tanya kami, semestinya video Raya daripada Hong Leong Bank sebab cara mereka dekati kita menerusi video Raya ni lain daripada yang lain tau! 

Sebelum tu, nak tanya korang, setakat ni korang rasa dah cukup ke belum amalan baik yang korang buat sepanjang bulan Ramadan? 

Kalau rasa belum cukup lagi, sementara masih ada lagi waktu yang tersisa, apa kata korang buat amal kebaikan. Yang simple-simple pun dah memadai tau. 

Contohnya macam bersedekah dan tolong-menolong. Dua amal kebaikan ni adalah amalan yang paling mudah untuk dilakukan dan kesannya pun cukup besar!

Tak percaya, korang boleh tengok video Raya daripada Hong Leong Bank ni sampai habis.

Haa, lain daripada yang lain kan? Sebab itu lah kami setuju video Raya Hong Leong Bank ni adalah antara video Raya yang paling best untuk tahun 2024! 

Daripada video Raya ni, korang nampak kan betapa besarnya kesan bersedekah dan tolong-menolong ni dalam jangka masa panjang. 

Kalau korang tengok, masing-masing bila dah besar, semua tak perasan yang hasil amalan mereka semasa kecil tu telah membantu banyak orang pada masa kini.

Setakat bermain di kebun durian Pak Tam sambil tanam biji durian masa kecil pun boleh berbakti pada orang kampung di masa depan apabila pokok-pokok durian membesar.

Taufik pada asalnya menjual nasi lemak atas basikal saja tapi dengan bantuan kawan-kawan dia untuk berniaga, nasi lemak dia makin berjaya.

Jadi, kesimpulannya dekat sini, dengan melakukan amalan baik, ia dapat menjadi kunci kepada rezeki di masa hadapan. 

Amacam, bestkan video Raya Hong Leong Bank ni? Jangan lupa untuk buat amalan baik tau, sama juga dengan amalan kewangan – mulakan amalan kewangan bijak demi masa depan yang lebih cerah bersama Hong Leong Bank

Dengan itu, Hong Leong Bank ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca!

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!