Tindakan yang diambil McDonald's Israel adalah tindakan persendirian, tidak cerminkan nilai atau amalan McDonald's Malaysia - The Reporter

Tindakan yang diambil McDonald’s Israel adalah tindakan persendirian, tidak cerminkan nilai atau amalan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia mengambil maklum mengenai tindakan McDonald’s Israel yang menyumbang ribuan makanan kepada rejim zionis baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan McDonald’s Israel itu adalah tindakan persendirian yang tidak mencerminkan dan tidak mencerminkan nilai atau amalan McDonald’s Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s Malaysia hari ini berkata, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat, atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh kepada tindakan individu yang dimaksudkan; ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain.

“Adalah penting untuk memahami bahawa, McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat tempatan. Sejak pengambilalihan oleh Lionhorn Pte. Ltd di bawah syarikat Reza Group dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik orang Islam.

“Sejak daripada itu, McDonald’s telah membayar Zakat dan terus melakukannya setiap tahun. Sehingga 2023, kami telah membayar lebih RM12 juta Zakat kepada 14 negeri di seluruh Malaysia, bagi membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik,” kata kenyataan itu.

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga komited dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Malah mengambil beribu-ribu warga tempatan sebagai kakitangan dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat di Malaysia.

Semalam media melaporkan McDonald’s Israel menyumbangkan ribuan makanan kepada tentera dan rakyat Israel selepas kumpulan Hamas melancar serangan terhadap mereka.

McDonald’s Israel menyatakan bahawa pihaknya telah menyumbang sebanyak 12,000 makanan dan akan terus berbuat demikian. Malah memberi diskaun 50 peratus kepada tentera dan pasukan keselamatan Israel yang datang ke cawangan mereka.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!