TikTok Shop Indonesia dihentikan, beri peluang peniaga kecil kembangkan perniagaan - The Reporter

TikTok Shop Indonesia dihentikan, beri peluang peniaga kecil kembangkan perniagaan

TikTok Shop Indonesia semalam telah menghentikan transaksi melalui platformnya berikutan larangan baharu yang dikeluarkan terhadap perniagaan e-dagang di media sosial.

Menurut satu laporan, peraturan baharu itu berpunca daripada kebimbangan mengenai potensi kesan TikTok Shop terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui algoritma dan strategi penetapan harga yang didakwa sebagai pemangsa.

Platform itu juga telah mendapat kritikan kerana menyumbang kepada penurunan jualan di pasar tradisional seperti pusat pemborong Tanah Abang Jakarta.

Walaupun terdapat larangan dalam bidang e-dagang, TikTok sebagai aplikasi media sosial masih kekal dengan 125 juta pengguna aktif bulanan. Menduduki tempat kedua terbesar di peringkat dunia.

Namun begitu, menerusi satu komen di aplikasi X, netizen dari Indonesia menyatakan mereka bukan meminta supaya kerajaan menghentikan transaksi di platform itu, tetapi lebih meminta kerajaan prihatin dengan masalah yang membelenggu peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan pempengaruh dan juga usahawan besar (first party).

Terdapat beberapa pandangan juga mengatakan masalah ini berlaku kerana TikTok merupakan syarikat asing dan Indonesia mempunyai dasar untuk memelihara dan menjaga produk Indonesia.

“Indonesia mempunyai platform e-dagang buatan sendiri yang bukan calang-calang. Diorang tak nak bergantung pada platform e-dagang dari negara asing.

“Polisi yang dibuat Indonesia ni bukan kali pertama. Sebagai contoh negara China, rakyat negara tu sendiri gunakan aplikasi versi buatan sendiri,” tulis Loqi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Akumindo Edy Misero berkata kerajaan yang bertindak sebagai pengawal selia perlu disokong oleh rakyatnya.

“Matlamat kerajaan untuk menghentikan TikTok Shop adalah untuk membantu produk tempatan terhadap pasaran negara,” katanya.

Ujarnya,sekiranya TikTok Shop dihentikan, maka Indonesia tidak lagi dibanjiri barangan import dengan harga di bawah peruntukan peraturan Menteri Perdagangan.

Sumber:techniasia, tribunnews, Naim M.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!