'Tidak pernah sekali pun Fattah cerita pasal perempuan lain, hanya rindu pada anak & isteri' - Pekin Ibrahim | The Reporter

‘Tidak pernah sekali pun Fattah cerita pasal perempuan lain, hanya rindu pada anak & isteri’ – Pekin Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Berita perceraian pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura masih hangat dibincangkan di media sosial. Ada yang menyebelahi pihak wanita dan ada juga yang menyokong pihak lelaki.

Perkhabaran ini turut menarik perhatian beberapa rakan artis seperti Pekin Ibrahim, yang juga bersimpati dengan nasib rakannya. Pekin yang pernah bekerjasama dengan Fattah, mendedahkan bahawa pelakon muda itu tidak pernah sekali pun bercerita tentang hal peribadinya, apatah lagi mengenai wanita lain.

“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Ketika saat-saat rumah tangganya sedang bergolak, saya dan dia bersama lagi untuk sebuah filem. Kami menjalani latihan dan penggambaran agak lama.

“Kami luang masa bersama, tidak pernah sekali pun dia menunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun dia bercerita tentang hal peribadi. Hanya rindu pada anak dan isteri sahaja yang sering keluar dari mulut beliau. Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita tentang hal wanita lain.

“Sampai waktu solat, dia hanya minta rehat untuk menunaikan kewajipan. Sebagai kawan, aku rasa tuduhan (curang) itu agak berat buat beliau. Hanya apa yang mampu kita semua minta supaya beliau tabah dan kuat.

“Sedih dengar hal-hal cerai ini. Minta dijauhkan hal sebegini. Tapi aku team Fattah, korang?” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan Pekin. Sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan, Fattah tidak pernah terlibat dengan mana-mana kontroversi.

“Dengar cara Fattah bercakap pun tahu dia jujur. Fattah mana pernah ada kes selama ini. Belah sana buka aib lebih kepada nak mematikan karier. Semoga Fattah dimurahkan rezeki, berjumpa jodoh lagi baik dan muda. Bohong kalau tak ada perempuan pandang dia,” kata Ben.

Semalam, mahkamah mengesahkan Fattah dan Fazura telah disahkan bercerai dengan talak satu. Ketika ditemui media, Fazura mendedahkan dia nekad menuntut perceraian itu atas tiga sebab iaitu, Fattah tidak memberi nafkah isteri dan anak, tiada persefahaman dan curang.

Bagaimanapun, Fattah menafikan semua tuduhan itu dan menegaskan Fazura telah melanggar perjanjian di mana mereka telah bersetuju untuk tidak membuka aib masing-masing selepas bercerai.

Related Posts