Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi terkenal, Aizat Amdan mendedahkan dalam satu temubual di sebuah podcast mengenai sistem penjurian yang berlaku disebalik Anugerah Juara Lagu (AJL).
Katanya, lagu-lagu yang dipertandingkan akan diperdengarkan kepada semua juri sebelum pertandingan berlangsung.
“Setiap juri akan menilai lagu-lagu yang diberikan dan akan memberikan markah sebelum dihantar kepada ketua juri.
“Ketua juri akan menyemak senarai lagu yang tertinggi dan ketika itu senarai pemenang sudah diketahui mereka,” katanya.
Namun begitu, dia menyatakan ketika malam persembahan AJL berlangsung, tiba-tiba sahaja satu mesyuarat tergempar berlangsung.
“Ketua juri tiba-tiba cakap persembahan salah seorang peserta kurang memuaskan dan memilih peserta lain menjadi juara. Dan ketika itu juga ketua juri meminta persetujuan dari juri-juri yang lain. Dan keputusan tersebut dipersetujui oleh juri (artis veteran) tanpa bantahan,” katanya.
Bagaimanapun, menurut penerbit yang berpengalaman dalam menjayakan AJL sebanyak dua kali, Gbam menyatakan agak mustahil perkara ini berlaku kerana penilaian markah peserta dinilai oleh auditor selain ada perubahan markah sebelum dan semasa persembahan.
Terdahulu AJL38 mengundang kontroversi apabila penyanyi terkenal Jamal Abdillah memutuskan untuk menarik diri dari menyertai pertandingan AJL38 atas beberapa faktor.
Sumber: Podcast Tamotauge