Belum reda isu mengenai keputusan usahawan dan juga pempengaruh Aliff Teega yang berkahwin buat kali kedua, timbul pula kenyataan isteri pertamanya Aisyah Hijanah yang mengambil langkah memindahkan semua aset sepencarian bersama suami kepada miliknya 100%.
Tindakan Aisyah itu disifatkan oleh netizen sebagai tindakan yang berani dan bijak.
Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan tindakan Aisyah. Menerusi hantaran itu, tindakan itu disifatkan sebagai bodoh kerana baginya tiada jaminan dalam kehidupan.
“Nasihat aku simple je, berhenti la ambil benda macam ini sebagai acuan kehidupan, tiada yang bijak pun dengan benda ni. Tiada yang secure pon, sebelum ni korang kecam dia bodoh sebab bawa suami berubat semua
“Ramai perempuan rasa diri dia bijak kerana ada kerjaya bagus, ada harta, konon dapat secure in future kalau husband buat hal. Tapi aku boleh cakap, benda ini adalah bodoh sebab tiada benda pun dalam hidup ini menjamin kau.
“100% nama isteri? Mati, suami dia boleh claim,” tulisnya.
Namun begitu, netizen mempertahankan tindakan Aisyah dengan mengatakan tindakan dibuat kerana memikirkan jaminan kehidupan untuk diri dan anak-anaknya.
Sumber: JibrilZul








