Tiada lagi khemah biru di Pantai Teluk Kemang selepas 18 November ini - The Reporter

Tiada lagi khemah biru di Pantai Teluk Kemang selepas 18 November ini

Peniaga khemah Pantai Telok Kemang

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan semua aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru, dan Pantai Cermin berkuat kuasa mulai 18 November 2024.

Arahan ini dikeluarkan menerusi notis bertarikh 24 Oktober 2024 yang ditandatangani oleh Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid.

Menurut Hasnor, tindakan ini diambil berikutan isu tular melibatkan peniaga yang menghalang orang awam daripada menggunakan kawasan pantai yang sepatutnya terbuka kepada semua. Situasi ini telah menjejaskan reputasi Port Dickson sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Tambahnya lagi, masih ada peniaga yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis melalui surat bertarikh 18 Jun 2023.

Sebagai langkah susulan, Jawatankuasa Bertindak Pengusaha Khemah Telok Kemang telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Telok Kemang bagi membincangkan isu tersebut dengan MPPD.

Walau bagaimanapun, pihak Majlis tegas meminta semua peniaga menghentikan operasi sewaan khemah mereka mulai 18 November dan tidak memulakan sebarang perniagaan baharu sebagai ganti.

Notis tersebut juga mengarahkan semua peniaga untuk melakukan pembersihan dan mengalih keluar segala peralatan milik mereka seperti khemah, meja, kerusi, payung, dan struktur simpanan. MPPD menegaskan pihaknya akan melupuskan peralatan yang masih berada di kawasan pantai selepas pemantauan dilakukan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!