'Tiada istilah pukat' - Polis tambah sekatan jalan raya sepanjang RXZ Members 6.0 - The Reporter

‘Tiada istilah pukat’ – Polis tambah sekatan jalan raya sepanjang RXZ Members 6.0

Sumber: Kosmo

RX-Z Members 6.0 dijadual bakal berlangsung pada 13 dan 14 September di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak.

Sudah pastinya acara tumpuan yang diadakan saban tahun itu mengundang keterujaan ramai.

Susulan itu juga, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, polis akan menambah sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini sepanjang penganjuran acara berkenaan bagi memastikan peserta mematuhi undang-undang ditetapkan seterusnya menjaga ketenteraman awam.

Menurut beliau, tiada istilah pukat, namun akan mengadakan SJR rutin dan tugasan penguatkuasaan undang-undang seperti yang termaktub dan berharap semua peserta dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Rondaan akan dijalankan di setiap daerah pada waktu siang dan malam terutama di kawasan-kawasan perumahan manakala SJR hanya akan dibuat di lokasi berbeza di bandar Kuala Terengganu.

“Seramai 101 pegawai dan anggota polis serta 50 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan sepanjang program berkenaan.

“Dianggarkan program itu menerima 80,000 penyertaan dari seluruh negara dan penugasan serta perancangan adalah demi memastikan aliran trafik dan keselamatan di tapak program berjalan lancar,” katanya.

Katanya lagi, peserta perlu mematuhi peraturan seperti nombor pendaftaran kenderaan mengikut piawaian dan ekzos motosikal tidak diubah suai selain memberikan kerjasama ketika sekatan jalan raya yan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!