Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Fattah Amin menafikan dakwaan dirinya ditunggang oleh pihak tertentu susulan perceraian dengan Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, yang turut membuat namanya semakin mendapat perhatian ramai.
Pelakon berusia 34 tahun ini menganggap setiap tawaran kerja yang diterima adalah rezeki daripada Allah SWT dan menolak spekulasi bahawa dia dipergunakan oleh mana-mana pihak ketika namanya menjadi bualan hangat.
Menurut Fattah, dia hanya mencari rezeki yang halal dan membuktikan kemampuannya melalui hasil kerja. Dan dia tidak pernah membenarkan isu peribadi dijadikan bahan untuk ditunggang mana-mana pihak.
Jelas Fattah, semua tawaran kerja yang diterimanya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, memastikan produk atau hasil kerja mencapai sasaran. Setiap rezeki yang diterima telah tertulis dan tiada keperluan untuk bergantung kepada isu peribadi.
Bapa kepada Nur Fatima Aisya itu menegaskan, dia tidak akan melayan sebarang fitnah atau tanggapan negatif terhadap dirinya, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada usaha mencari rezeki untuk keluarganya, khususnya Fatima yang berusia 4 tahun.
Fokus utamanya adalah memberikan yang terbaik untuk setiap tawaran kerja, dengan kesedaran bahawa persepsi masyarakat berbeza-beza. Ada yang menghargai hasil kerjanya, dan ada pula yang sebaliknya, namun dia tidak boleh mengawal pandangan orang lain.
Fattah percaya, rezeki yang diterimanya adalah ketentuan Allah SWT dan hasil daripada usahanya yang dilakukan dengan niat yang baik.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)








