'Tiada beza penjual 'es teh' atau jutawan, kecuali takwa pada Allah' - Dr Zulkifli - The Reporter

‘Tiada beza penjual ‘es teh’ atau jutawan, kecuali takwa pada Allah’ – Dr Zulkifli

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Isu tular mengenai penjual teh di Indonesia yang telah dihina oleh pendakwah terkenal di sana mendapat perhatian ramai pihak.

Walaupun insiden berkenaan berlaku di Indonesia, tetapi masyarakat di sini turut merasai kekecewaan dari riak wajah peniaga berkenaan.

Mengulas mengenai isu berkenaan juga, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran di Facebook berkata, tidak ada apa yang membezakan antara seorang penjual atau jutawan kecuali taqwa mereka kepada Allah.

“Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu perkara, Allah akan memenuhi sumpahnya. Sekiranya dia berdoa, pasti Allah makbulkan.

“Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukannya di sisi Allah, dan amalannya yang selari dengan keredaan Allah.

“Apa jua kedudukan seseorang samada penjual “es teh” atau jutawan, tiada yang membezakan keduanya kecuali taqwa kepada Allah,” katanya.

Beliau juga memetik satu hadis yang menggambarkan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya yang tidak terurus dan kedudukannya yang rendah. Namun, di sisi Allah SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketaqwaannya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!